Rujukan Tambahan

08 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT


8.1 Reaksi pemerintahaan negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap tindakan Barat


Penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu Utara didorong oleh perkembangan politik serantau yang melibatkan persaingan kuasa barat terutamanya British dan Perancis. Kesungguhan British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri-negeri Melayu Utara berhasil melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909.


Perluasan pengaruh British melalui perjanjian tersebut telah memecahbelahkan wilayah negeri-negeri Melayu Utara. British dan Siam lebih mementingkan kedudukan pengaruh masing-masing tanpa mengambil kira soal kebudayaan, geografi, etnik dan agama penduduk tempatan dalam membuat perubahan sempadan. British dan Siam bersetuju menjadikan legeh dan lembah sungai sebagai pembahagian atau garisan sempadan berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok.


Berdasarkan protokol tersebut,garis sempadan berasaskan legeh dan lembah sungai. Ianya bermula dari utara muara Sungai Perlis di sebelah barat dan berakhir di muara Kuala Tabal di sebelah timur. Pulau Langkawi dan pulau-pulau di bahagian selatan menjadi kepunyaan British manakala Pulau Terutau dan pulau-pulau di bahagian utara menjadi milik Siam.


Namun begitu, pemerintah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mempersoalkan hak British dan Siam dalam menentukan masa depan politik negeri-negeri Melayu tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu.


REAKSI PEMERINTAH PERLIS

•Melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909,Perlis kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di sebelah utara Sungai Perlis kepada Siam

•Raja Syed Alwi Jamallail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh dan dimasukkan ke dalam wilayah Setul.

•Wilayah Pujoh sepatutnya menjadi sebahgian daripada Perlis kerana sebelum itu,wilayah tersebut ditadbir oleh kerajaan Perlis.


REAKSI PEMERINTAH KEDAH

•Sultan Abdul Hamid Halim Shah berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri baginda

•Berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909,Kedah kehilangan wilayah Sadao,Setul,Pulau Terutau,Butang dan pulau-pulau sekitarnya kepada Siam.

•Sultan Abdul Hamid Halim Shah menegaskan sempadan baharu di antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang ada.

•Baginda amat murka sehingga menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.


REAKSI PEMERINTAH TERENGGANU

•Perjanjian Bangkok tidak dapat diterima sama sekali oleh pelbagai pihak di Terengganu, terutamanya dalam kalangan sultan,ulama dan pembesar.

•Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British tanpa pengetahuan baginda dan mempertahankan kedaulatan negeri.

•Baginda mengulangi kenyataan bahawa penghantaran bunga emas bukan menandakan Terengganu adalah jajahan Siam tetapi sebagai tanda persahabatan.

•Baginda mengemukan bantahan kepad Gabenor Negeri-negeri Selat pada 24 Mei 1909


REAKSI PEMERINTAH KELANTAN

•J.S Mason dan wakil Siam datang ke Kota Bharu menghadap Sultan Muhammad IV memaklumkan persetujuan antara Siam dengan British melalui Perjanjian Bangkok 1909. Dalam pertemuan tersebut,Sultan Muhammad IV menolak perjanjian berkenaan.

•Sultan Muhammad IV juga kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal, iaitu daerah di Kelantan yang dihuni kira-kira 15,000 orang melayu kepada Siam.


KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH JOHOR MENYEKAT KEMARAAN BRITISH


British berminat untuk campur tangan di Johor disebabkan oleh kedudukan negeri tersebut yang penting kepada perkembangan ekonomi British. Namun begitu, pemerintah Johor berhati-hati dalam tindakan mereka agar Johor tidak jatuh di bawah kawalan British.



KEWIBAWAAN TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM(1825-1862)


•peka terhadap rancangan British ingin menguasai Johor dan perairan Selat Melaka

•berusaha membina jati diri sebagai pemerintah yang berdaulat

Menjamin Keselamatan Perairan

*Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk perdagangan.

*Mendapat hadiah pedang keemasan daripada Ratu Victoria sebagai menghargai jasa beliau mewujudkan keamanan perairan


Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri

*Memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri untuk mengelakkan tekanan British di Negeri-negeri Selat yang juga berpusat di Singapura.

*Mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan Bandar Iskandar Puteri


Memodenkan Pentadbiran Negeri

*Mempolori birokrasi moden

*Sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari Barat ke dalam sistem pentadbiran seperti pendidikan moden


Mengeksploitasi Hasil Hutan

*Mengeluarkan hasil hutan terutama getah perca untuk dijual kepada pedagang British

*Perdagangan getah perca menguntungkan sehingga Temenggung mengisytiharkannya sebagai monopoli Johor


Memperkenalkan Sistem Kangcu

*Menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam

*Pada tahun 1860-an,Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di Alam Melayu


8.2 TINDAKAN RAJA MELAYU DALAM MENANGANI CABARAN BARAT


Raja-raja Melayu menggunakan pelbagai strategi bagi melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran perluasan kuasa barat.


1. Tuntutan Raja Melayu Melalui Durbar


Raja-raja Melayu berperanan sebagai jurubicara,menzahirkan suara membela nasib dan melindungi kepentingan bangsa melalui Durbar


DURBAR DI KUALA LUMPUR 1903

_Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada institusi raja

_Baginda juga mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi

_Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah menuntut bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa resmi persekutuan


DURBAR DI PEKAN,PAHANG 1932

_Sultan Perak ,Sultan Iskandar Shah bertitah dengan tegas mendesak agar kuasa pemerintahaan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri


DURBAR DI KLANG,SELANGOR 1937

_Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Abdul Rahman menggesa British memberikan peluang perkhidmatan kepada buruh dari rumpun Melayu,khusunya orang Jawa menggantikan buruh Cina dan India di negeri-negeri Melayu

_Sultan Pahang,Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah mendesak British memberikan perhatian keoada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau tanah


DURBAR DI SERI MENANTI,NEGERI SEMBILAN 1939

_Sultan Selangor,Sultan Hisammuddin Alam Shah mencadangkan penubuhan Malay Girls Collage yang sama tarafnya dengan Malay Collage Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita


2. Diplomasi Menangani Tekanan British


Kebijaksanaaan berdiplomasi,ketinggian peribadi dan semangat patriotik seperti yang dipamerkan oleh pemerintah kesultanan Johor dan kesultanan Terengganu membuktikan kesungguhan raja-raja Melayu dalam menghadapi cabaran perluasan kuasa barat


DIPLOMASI SULTAN ABU BAKAR JOHOR


>Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat

>Kunjungan ke England bertemu Ratu Victoria

>Menubuhkan lembaga penasihat Johor di England


DIPLOMASI SULTAN ZAINAL ABIDIN III TERENGGANU

~>Kebijaksanaaan dalam rundingan

~>Menandatangani perjanjian British-Terengganu 1910


3. Keengganan Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara Menerima Penasihat British


Tindakan British mengetepikan kewibawaan raja dan pembesar melayu di Negeri-negeri Melayu Utara tentang kedudukan politik mereka yang terancam. Oleh itu,mereka berusaha mempertahankan hak dan identiti negara dan enggan menerima penasihat british yang dilantik selepas perjanjian Bangkok 1909


4. Menggubal Undang-undang Tubuh


Raja-raja Melayu mengambil insiatif menjadikan pemerintahan negeri lebih bersifat kerajaan berperlembagaan. Langkah ini bertujuan memperkukuh kuasa pemerintahan negeri dan menghalang kuasa asing mencampuri urusan pentadbiran negeri.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

}Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyuhurkan perlembagaan negeri yang dikenali sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

}Pengenalan undang-undang ini menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan mempunyai unsur demokratik


Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

|Pada 2 November 1911,Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu,iaitu Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.


5. Raja Menerajui Pemodenan Negeri


Raja-raja Melayu menerajui pembaharuan dan pemodenan negeri sebagai langkah untuk menutup ruang campur tangan British


Pemodenan Johor


Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri yang cekap dan taat,meneruskan pemodenan pentadbiran yang dipelopori oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Antara aspek yang termasuk ialah


•pentadbiran

•kewangan

•undang-undang

•pelajaran

•kesihatan

•tanah

•polis

•tentera


Sultan Abu Bakar bekerjasama dengan pembesar berwibawa seperti


>Dato' Jaafar bin Muhammad

>Dato' Abdul Rahman bin Andak

>Dato' Muhammad Salleh bin Perang

>Dato' Muhammad Ibrahim bin Munsyi


Mereka menubuhkan pelbagai jabatan yang mengurus pembangunan rakyat dan negeri. Jabatan-jabatan ini beroperasi dengan sangat cekap dan berkesan sehingga British tidak mempunya ruang untuk masuk campur


Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor sebagai negeri yang lebih moden berbanding yang lain pada abad ke-19 dan digelar "Bapa Pemodenan Johor"


Pemodenan Kedah


Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) terkenal sebagai "Bapa Kedah Moden" kerana Kedah mengalami arus pembangunan dan pemodenan semasa pemerintahan baginda.


Baginda dibantu oleh


-Tunku Abdul Aziz

-Tunku Mahmud

-Tunku Ibrahim

-Wan Muhammad Saman


Mereka merupakan pembesar -pembesar negeri yang berkebolehan. Pada akhir abad ke-19,Kedah mewujudkan Jabatan


°Perbendaharaan

°Tanah Dan Ukur

°Audit

°Pejabat Besar Pos dan Telekom

°Mahkahmah Keadilan

°Pasukan Polis Kedah


Pemodenan Terengganu


Sejak tahun 1912 Sultan Zainal Abidin III bersama-sama Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad melakukan pembaharuan dan pemodenan dalam bidang pentadbiran dengan menubuhkan


√Jemaah Mesyuarat Kerajaan 

√Jemaah Menteri


Penubuhan badan-badan ini membawa kepada penubuhan jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti


^Pejabat Setiausaha Kerajaan

^Pejabat Perbendaharaan

^Pejabat Pesuruhjaya Keadilan

^Pejabat Agama dan Pelajaran

^Pejabat Kerja Raya

^Pejabat Pesuruhjaya Hutan


Langkah tersebut merupakan usaha menutup ruang penglibatan British dalam urusan pentadbiran kerana lazimnya,British mencampur tangan di dalam sesebuah negeri melalui institusi-institusi ini


8.3 USAHA PEMBESAR MELAYU DALAM PEMODENAN NEGERI


Para pembesar negeri-negeri Melayu berusaha bergandingan dengan pemerintah negeri dalam proses pembangunan dan pemodenan demi kesejahteraan rakyat tempatan. Berikut merupakan contoh sektor yang dibangunkan dan siapa tokohnya.


1. Pembangunan Sosioekonomi

-Long Jaafar

-Tengku Mentari Ngah Ibrahim


2. Pembangunan Pertanian

-Wan Muhammad Saman


3. Pembangunan Bandar

-Dato' Muhammad Salleh bin Perang


4. Pentadbiran dan Pendidikan

-Dato' Jaafar bin Muhammad

-Dato' Abdul Rahman bin Andak

-Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

-Syeikhul Islam Terengganu (Tok Ku Paloh)


5. Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

-Dato' Abdullah Haji Dahan

-Raja Chulan


6. Kepimpinan Tempatan di Sarawak dan Sabah

-Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi

-Orang kaya-kaya Haji Muhammad Arshad


8.4 KEBERKESANAN PERANAN PEMERINTAH TEMPATAN DALAM MENANGANI CABARAN BARAT


Semasa menghadapi kemaraan kuasa barat,peranan pemerintah tempatan dengan sokongan pembesar negeri berjaya membawa kemakmuran negeri dan melambatkan perluasan kuasa British. Selepas perluasan kuasa British, pemerintah tempatan dapat mempertahankan institusi beraja dan memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat seperti kemajuan pendidikan,penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran negeri. Berikut merupakan kesan-kesannya


1. Kemakmuran negeri

2. Melambatkan perluasan kuasa British

3. Kemajuan pendidikan

4. Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja

5. Pegawai Tadbir Melayu Tercipta

6. Mempertahankan institusi beraja



No comments:

Post a Comment

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

 Nama Ahli Kumpulan : - Nureen Shahira binti Suzaiman - Cik Wan Farah Aleya binti C.W. Nurmaudin - Nur Adriana Aisyah binti Rafian - Amirah ...