Rujukan Tambahan

04 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU


4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perdis. Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

 

• Sistem pemerintahan kesultanan merupakan sistem kerajaan terpenting yang membawa

kemakmuran dalam kerajaan negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

 

• Ini kerana sistem pemerintahan ini diketuai oleh Sultan sebagai puncak kuasa dan kedaulatan yang dibantu oleh para pembesar

 

Kerajaan Perlis

Latar Belakang :

     Wilayah terpisah dari Kedah pada tahun 1842

     Syed Hussin Jamalullail diiktiraf sebagai Raja

     Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit

     Pengisytiharan diadakan di istana Arau

Pentadbiran

     Raja dibantu pembesar tempatan

     Tuan Syed Abdullah, Raja Muda

     Dato' Arau Perdana Menteri

     Dibahagikan kepada 22 Mukim

 Hubungan Luar

     Hubungan dengan Siam

     Untuk tidak diganggu kuasa lain

Perundangan

     Berasaskan Undang-Undang Kesultanan Kedah

     Pelaksanaanya menitikberatkan kebajikan rakyat

.

Kesultanan Kedah

Latar Belakang

     Diasaskan abad ke-7

     Pemerintah pertama ialah Sultan Mudzaffar Shah

     Pertapakan Islam pada abad ke-12 dengan pusat pemerintahan di Kota Bukit Meriam

Pentadbiran

     Diketuai oleh Sultan

     Dibantu oleh pembesar

     Wujud pembahagian wilayah daerah dan mukim

     Wilayah diletakkan di bawah pengawasan pembesar daerah

     Mukim dikendalikan oleh penghulu

Hubungan Luar

     Hubungan dengan Siam bagi elak ancaman Burma

     Hubungan dalam bentuk hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan

Perundangan

     Kanun Undang-Undang Kedah 1650 memberi hak kepada Raja

     Terdapat 5 bab undang-undang Kedah, antaranya Adat Kebesaran, Adat Meminang

 

Kesultanan Kelantan

 Latar Belakang

     Long Yunus menyatukan Kelantan dengan gelaran Yang Dipertuan:

     Bagi mengelak ancaman Terengganu, Sultan Muhammad I membuat persetiaan dengan Siam

     Maharaja Siam menguriakan gelaran Phya Pipit Pakdi kepada Sultan Muhammad

     Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan

Pentadbiran

     Sultan dibantu oleh pembesar

     Sistem ini dikenali Sistern Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II

     Dibahagi kepada tiga jajahan iaitu Selatan Batu Mekebang. Pasir Puteh dan Pasir Mas

     Tok Kweng mentadbir jajahan. Berperanan sebagai orang tengah antara penduduk dengan pembesar dan istana

Hubungan Luar

     Hubungan dengan Siam dijalinkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I

     Hubungan dengan Terengganu, Kedah Pattani dan negeri-negeri Melayu lain

Perundangan

     Ikut undang-undang syarak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Il

      Membolehkan Kelantan aman dan makmur sebagai pusat perdagangan

 

Kesultanan Terengganu

Latar Belakang

     Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin

     Negeri paling akhir menerima Penasihat British

Pentadbiran

     Sultan dibantu oleh pembesar sebagai penasihat

     Sistem penghulu diperkemas semasa pemerintahan Sultan Omar

     Terdapat pembesar bergelar Dato' MataMata yang bertugas menyambut pelawat dan orang kenamaan

     Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan dibentuk bagi memutuskan hukuman datau pengisytiharan negeri. Anggotanya dikenali sebagai Ahli Mesyuarat

Hubungan Luar

       Hubungan dengan Siarn, Kelantan dan Pattani

       Negeri berdaulat diakui negeri lain

Perundangan

     Tubuh Jabatan Mahkamah dengan Tengku Musa sebagai Ketua

      1911 undang-undang Bagi Diri Terengganu digubal

     Hakim dipilih individu berkelayakan dengan  luas pengetahuan agama

 

Kesultanan Johor

Latar Belakang

     Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan bendahara selepas berakhirnya jural Keturunan Sultan Melaka

     Konflik politik yang berlaku menyebabkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim  menjadi pemerintah di Johor

     Kemudian diganti oleh anakanda baginda iaitu Daeng Abu Bakar yang menjadi Sultan Johor pada 1855.

Pentadbiran

     Johor mengalami zaman pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar

     Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan

      Mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan

     Pembesar kerajaan seperti Dato' Seri Amar Diraja dan Dato' Bentara dalam bertanggungjawab membantu pemerintahan sultan Jawatan Menteri Besar_dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran

Hubungan Luar

     Menjalinkan hubungan dengan Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor

     Turut menjalin hubungan dengan Eropah dan Jepun

     Kuasa-kuasa ini mengiktiraf kedudukan johor

Perundangan

     Mengamalkan undang-undang Tubuh Kerajaan sebagai aturan dalam pemerintahan

 

 

4.2 Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

 

Faktor Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

  1. Kedudukan yang strategik

     Kedudukan Kelantan dan Terengganu yang strategik kerana terletak di laluan perdagangan antara Siam dan Singapura

      Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British

 

  1. Menghalang kemasukan kuasa Barat lain

     British ingin menjadikan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai penampan kuasa Barat lain meluaskan kuasa ke utara Tanah Melayu

     British ingin menghalang kemaraan Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia ke negeri-negeri Melayu Utara

     Kemaraan kuasa Barat yang ingin menguasai bahan mentah mencabar penguasaan British

     Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi

     Russia ingin membuka petempatan di Ujung Salang Perancis meluas kuasa di Segenting Kra yang akan mengancam perdagangan dankedudukkan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa

      Amerika Syarikat berusaha meluaskan pengaruhnya di Terengganu

 

  1. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi

     Hasil pertanian dan perternakan di Kedah dan Perlis menjadi sumber bekalan makanan penduduk Pulau Pinang

     Kelantan dan Terengganu penting aktiviti pembuatan seperti pertukangan dan pembinaan kapal

     Kedua dua negeri ini menjadi pembekal pelbagai barangan dagangan kepada pedagang Singapura

 

  1. Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

     British ingin membina jalanraya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang .

     Ini bertujuan supaya British mempunyai rangkaian perhubungan terus dengan India

     Ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British

 

  1. .  Beban orang putih

      British menggunakan slogan ini untuk meluaskan kuasanya

      Ini kerana Siam telah melakukan kekejaman di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

 

Strategi Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

     British telah menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya di Perlis, Kedah,Kelantan dan Terengganu secara berperingkat-peringkat

     British menggunakan kedudukannya di Pulau Pinang untuk memantau perkembangan di negerinegeri Melayu sebelum bertindak mengadakan perjanjian dengan Siam.

     Negeri-negeri Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan

     Tetapi Siam menganggap sebagai tanda pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam

     Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini tidak menyenangkan British

     British mahu memastikan laluan perdagangan antara India dan China selamat

     British memilih strategi perjanjian kerana konfrantasi secara bersemuka merugikan

      Siri perjanjian perluasan kuasa British

1.    Perjanjian Burney 1826

2.     Perjanjian Sulit 1897 (British-Siam) ditandatangani pada 6 April 1899

     British mahu memastikan tiada kuasa lain meluaskan pengaruh ke atas Kedah,Terengganu dan Kelantan

      British mengakui pertuanan Siam ke atas negeri tersebut

3.    Perjanjian Sempadan 1899 (British-Siam)

     Ditandatangani pada 29 November 1899 

     Menetapkan sempadan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah

     Perjanjian ini dapat menyelesaikan masalah sempadan di antara Perak (British) dan Reman (Siam)

4.      Perjanjian 1902 (Pengisytiharan British-Siam)

     Ditandatangani pada 6 Oktober 1902

     Siam mengawal hubungan luar Kelantan dan Terengganu

     Negeri ini tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam

5.     Perjanjian Bangkok 1909

      Ditandatangani pada 10 March 1909 anatara wakil British Ralph Paget denganwakil Siam, Putera Devawongse Vaeaprakar (Menteri Hal Ehwal Luar Siam)

     Siam menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British

     Negeri-negeri tersebut menerima Penasihat British

     Perjanjian ini membuka laluan kepada British menguasai Negara kita tanpa gangguan kuasa lain.

 

No comments:

Post a Comment

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

 Nama Ahli Kumpulan : - Nureen Shahira binti Suzaiman - Cik Wan Farah Aleya binti C.W. Nurmaudin - Nur Adriana Aisyah binti Rafian - Amirah ...