Rujukan Tambahan

03 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

📌 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 📌


🌲3.1 (Kekayaan Hasil Bumi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang)


A.Kekayaan Bijih Timah:

➡️Perak, Selangor. Negeri Sembilan dan Pahang merupakan negeri Melayu yang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas.

➡️Kemakmuran dan kekayaan negeri-negeri Melayu menarik minat kuasa Acheh, Belanda

don British untuk menguasai negeri-negeri tersebut.

➡️Bijih timah menjadi barangan dagangan utama di negeri-negeri Melayu sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka.

➡️Pedagang dari Alam Melayu datang ke pelabuhan Melaka untuk mendapatkan biji timah.


B.Perlombongan Bijih Timah Abad ke-15:

➡️Perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai sejak awal abad ke-15.

➡️Orang Melayu menggunakan kaedah tradisional, iaitu melampan.

➡️Bijih timah digunakan untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan.

➡️Perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai pemilik lombong.

➡️Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada

sultan dan perdagangan bijih timah menjadi punca pendapatan utama mereka.

➡️Sultan turut menerima bahagiannya daripada hasil perdagangan bijih timah.


C.Perlombongan Bijih Timah Abad ke-16 hingga Abad ke-17:

➡️Perlombongan tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan.

➡️Bijih timah mula dilombong di Manjung dan Beruas pada tahun 1616.

➡️Perak menjadi pelabuhan utama membekalkan bijih timah dan menjadi tumpuan pedagang.

➡️Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh menjadikan Perak sebagai negeri naungannya pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

➡️Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan perlindungan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh.


D.Perlombongan Bijih Timah Abad ke-18:

➡️Perak:

•Pada pertengahan abad ke-18, bijih timah telah dikeluarkan oleh pelombong

kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas.

•Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Syah menandatangani perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka.

•Pengeluaran bijih timah Perak merosot menjelang akhir abad ke-18 disebabkan kegiatan penyeludupan bijih timah kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.

➡️Selangor:

•Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor.

•Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian penjualan hasil bijih timah dengan Belanda.


E.Perlombongan Bijih Timah Abad ke-19:

➡️Larut:

•Perlombongan bijih timah di Perak mencapai kemajuan pada tahun 1840-an kesan penemuan bijih timah di Larut. 

•Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.

•Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.

➡️Lembah Kinta:

•Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia pada akhir abad ke-19.

•Kesan perkembangan tersebut muncul bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan

Kampar.

•Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail memajukan kawasan perlombongan baharu

di Lembah Kinta yang membawa kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh.

➡️Jugra:

•Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor sebelum beralih ke Klang.

•Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.

➡️Kuala Lumpur:

•Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah utama di Selangor menjelang tahun 1860. 

•Kuala sungai yang menjadi pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.

•Kepesatan ekonomi mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan yang membawa kepada pembentukan bandar Kuala Lumpur. 

•Tokoh yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur:

(i) Yap Ah Loy 

(ii) Sutan Puasa

(iii) Abdullah Hukum (iv) Raja Abdullah bin Raja Jaafar

➡️Lukut:

•Lukut merupakan wilayah Kesultanan Selangor.

•Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina. 

•Pada tahun 1830-an selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal.

•Pada tahun 1880, melalui rundingan di antara Sultan Selangor dengan pemerintah

Sungai Ujong, Lukut diserahkan menjadi daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

•Kajang, Semenyih, dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai

Ujong menjadi sebahagian daripada wilayah Kesultanan Selangor.


F. Kekayaan Hasil Emas:

➡️Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu tertumpu di kawasan jalur emas, laitu Pahang. 

➡️Jalur emas Pahang meliputi kawasan perlombongan yang terdapat di Raub dengan keluasan 14,000 batu persegi. 

➡️Mengikut rekod China, emas telah menjadi eksport utama Pahang sejak abad ke-13.

➡️Menurut catatan Portugis, emas yang dihasilkan oleh Pahang diperdagangkan di Melaka pada abad ke-16.

➡️Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi

yang bermaksud Bumi Emas.

➡️Menurut catatan ahli Geografi Yunani, Claudius Ptolemy, Semenanjung Tanah Melayu dicatat sebagai Golden Khersonese yang bermaksud Semenanjung Emas.

➡️Kegunaan emas:

•Dijadikan hadiah oleh Sultan Pahang untuk diberi kepada negeri-negeri lain.

•Dijadikan barang perhiasan seperti pending yang dipakai semasa upacara istiadat kebesaran diraja.

➡️Lokasi perlombongan emas di Pahang:

•Hulu Pahang -Sekitar Sungai Tembeling, Sungai Jelai, dan Sungai Semantan. 

•Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau, dan Hulu Dong.

➡️Kegiatan perlombongan emas di Pahang:

 🪴Abad ke-16 dan ke-17🪴 

•Kegiatan melombong dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau.

•Menggunakan kaedah mendulang dan melampan.

 🪴Abad ke-18🪴 

•Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan 

•Menggunakan kaedah melampan, 

 🪴Abad ke-19🪴 

•Sultan Ahmad memberi konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan perlombongan di Pahang. 

•Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah.


🌲3.2 (Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang)


🌼 Pengenalan:

1. Kekayaan negeri-negeri Melayu dengan bijih timah mendorong British meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Perkembangan perindustrian di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri.

3. British menggunakan strategi berikut untuk meluaskan kuasa di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang:

•Strategi manipulasi.

•Desakan dan paksaan kepada Raja-raja Melayu menerima perlindungan British.

•Strategi menandatangani perjanjian dengan pemerintah tempatan.


A.Strategi Manipulasi:

➡️Keadaan tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri

Sembilan membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi manipulasi

di negeri-negeri Melayu tersebut.

➡️British menawarkan bantuan kepada pihak yang berkepentingan untuk membolehkan

British meluaskan pengaruh di negeri Melayu tersebut.

➡️Manipulasi British di Perak:

 🪴Perang Larut 1861-1874🪴 

•Pemerintah Larut, iaitu Tengku Menteri Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina bagi memajukan perlombongan bijih timah di Larut.

•Pergaduhan antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan

kepentingan masing-masing membawa kepada tercetusnya Perang Larut.

•Pergaduhan tersebut telah menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat.

•Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British campur tangan demi melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah.

 🪴Perebutan takhta Kesultanan Perak🪴 

•Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan

Perak yang diasaskan pada awal tahun 1820-an.

•Pada akhir abad ke-19, berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak.

•Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail, iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai Sultan.

Pertabalan Sultan Ismail mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Menteri Larut.

•Raja Abdullah, iaitu Raja Muda tidak ditabal sebagai sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput. Baginda mendapat sokongan pembesar Hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela dan menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan pelabur

Eropah dan Cina. 

•Raja Yusuf, iaitu Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai sultan setelah lama diketepikan. 

 🪴Campur tangan British🪴

•Kekacauan di Perak memberikan kesempatan kepada British untuk melakukan manipulasi politik. 

•Andrew Clark, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat menyokong Raja Abdullah dan menawarkan kesediaan membantu menyempurnakan mengesahkan pelantikan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan persengketaan pelombong Cina di Larut demi mewujudkan keamanan di Perak.

➡️Manipulasi British di Selangor:

(a) Semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), berlaku pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor. 

(b)Pertelingkahan tersebut mencetuskan Perang Klang yang turut melibatkan pelombong Cina.

(c) British turut campur tangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor. 

(d) Pihak yang terlibat dalam Perang Kelang (1866 - 1874):

 🪴Raja Abdullah bin Raja Jaafar🪴 

•Mendapat hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad. •Memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah.

•Membuka lombong di Ampang dan Kuala Lumpur.

•Mendapat sokongan kumpulan Hai San.

 🪴Raja Mahadi bin Raja Sulaiman🪴 

• Putera kepada Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah.

•Kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut hak ke atas daerah tersebut yang pernah diletakkan di bawah kekuasaaan ayahandanya.

•Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin.

•Kekacauan di Selangor memberi peluang kepada British untuk melaksanakan manipulasi politik.

•British memihak kepada Raja dan pembesar yang boleh membawa keuntungan dari segi ekonomi terutama perdagangan bijih  timah.

•British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.  •Melalui bantuan tersebut, British mengharapkan Sultan Selangor menerima perlindungan British bagi mewujudkan kestabilan di Selangor.

➡️Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan:

(a) British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.

(b)Sungai Linggi merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya.

(c) Pedagang membawa keluar bijih timah melalui Sungai Linggi untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.

(d) Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai. 

(e)Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi: •(Persaingan antara Dato' Kelana, Dato' Syahbandar dan Dato' Muda Linggi untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi. •British memanipulasi persengketaan antara Dato Kelana dengan Dato' Syahbandar.

•British telah memberikan bantuan ketenteraan kepada Dato' Kelana untuk

mengalahkan Dato' Syahbandar.

•Sebagai balasannya, British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.

(f) Perbalahan pembesar di daerah Sungai Ujong dan persaingan untuk menguasai Sungai Linggi telah menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri-negeri Selat. (g) Manipulasi British dalam persengketaan antara pembesar telah berjaya meletakkan daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah di bawah kekuasaan British.


B.Desakan dan Paksaan kepada Raja-raja Melayu Menerima Perlindungan British:

➡️British menggunakan strategi mengugut dan mendesak pemerintah tempatan untuk menerima perlindungan British. ➡️Strategi desakan dan paksaan digunakan di Selangor dan Pahang. 

➡️ Desakan British di Selangor :

(a) British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin dan berjaya menamatkan kekacauan di Selangor, namun British gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan British.

(b) British berusaha mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi menguasai

kekayaan bijih timah di Selangor.

(c) British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan Britih apabila berlaku

peristiwa yang menggugat aktiviti perdagangan British

di perairan Selangor:

• Rompakan kapal dagang British . Pada tahun 1873,kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau

Pinang ke Melaka telah dirompak berdekatan perairan Kuala Langat.

• Serangan rumah api. Pada tahun 1874, berlaku serangan terhadap rumah api di

Tanjung Rachado.

(d) Peristiwa-peristiwa tersebut telah digunakan oleh British untuk mendesak

Sultan Selangor menerima perlindungan British dengan alasan Sultan gagal mengawal dan mewujudkan keselamatan perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan.

➡️Desakan dan paksaan British di Pahang:

(a) British tidak mempunyai alasan untuk melakukan

manipulasi dan memaksa Sultan Pahang menerima

perlindungan British.

(b) Ini disebabkan tidak berlaku kekacauan dalam

kalangan kumpulan pelombong Cina yang boleh dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Pahang.

(c) Sultan Ahmad berhati-hati semasa rundingan dengan

British yang berusaha memujuk baginda menerima perlindungan British.

(d) Pada tahun 1887, British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Pahang menerima seorang wakil British di Pahang.

(e) Pada tahun 1888, British memperoleh peluang mendesak dan memaksa Sultan 

Pahang menerima perlindungan British apabila berlaku peristiwa berikut:

•Seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui ditemui mati selepas ditikam di perkarangan istana Sultan Pahang.

•British mendakwa Go Hui merupakan rakyat British dan Sultan Pahang diminta bertanggungjawab di atas kematian rakyat tersebut.

(f) Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.


C.Strategi Menandatangani Perjanjian dengan Pemerintah Tempatan:

➡️British mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk mengikat

persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

➡️Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar

Perak di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874.

➡️Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak:

(a)Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Andrew Clarke memanggil ketua

kumpulan Ghee Hin dan Hai San serta pembesar Melayu berunding di Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak.

(b) Pembesar Melayu yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato Sagor .

(c) Sultan Ismail dan Raja Yusuf tidak

menyertai rundingan tersebut. 

(d)Hasil rundingan telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

(e) Perjanjian ditandatangani di atas kapal perang British, iaitu HMS Pluto. 

(f) Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan British untuk menguasai hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di Perak. 

(g) Syarat Perjanjian Pangkor:

•Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

•British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.

•Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.

• Raja Ismail dibenarkan mengekalkan gelaran Sultan Muda dan diberikan jajahan kecil untuk ditadbir.

•Sultan menerima Residen British yang akan menasihati semua urusan dalam pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu.

➡️Perjanjian pengukuhan British di Negeri Melayu lain:

(a) Perjanjian Pangkor menjadi titik peralihan kepada British untuk mengadakan perjanjian dengan pemerintah negeri Melayu yang lain.

(b) Melalui perjanjian dengan pemerintah tempatan, British berjaya mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri Melayu.

 🪴Perjanjian British-Sungai Ujong 1874🪴 

• Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong. 

•British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi.

 🪴Perjanjian British-Selangor 1875🪴 

•British membantu Sultan memerintah negeri.  

•British menghantar J.G Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.

 🪴Perjanjian British-Pahang 1887🪴 

•British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang.

•British menempatkan seorang wakil, iaitu Hugh Clifford yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang. 

•Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British.

 🪴Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895🪴 

•Perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat yang mewakili

Kerajaan British dengan Undang Luak-Luak yang kemudiannya dinamakan Negeri Sembilan pada tahun 1895.

•Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, Yamtuan Besar Seri Menanti, Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tampin bersetuju meletakkan diri mereka dan Luak

mereka di bawah naungan Kerajaan British.

•Undang-undang luak tersebut bersetuju membentuk sebuah negeri gabungan

yang dikenali sebagai Negeri Sembilan dan mereka akan dibantu oleh seorang Residen British dalam mentadbir kerajaan gabungan tersebut.

•Mereka mengaku akan mematuhi nasihat Residen dalam semua hal

pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam.


C.Sistem Residen

➡️Melalui pelbagai strategi peluasan kuasa, British berjaya melaksanakan Sistem

Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

➡️British menempatkan Residen melalui perjanjian yang dibuat dengan pemerintah tempatan dan Raja-raja Melayu.

🌸Negeri:Perak

Raja Melayu:

Sultan Abdullah

Residen British:J.W.W. Birch (1874-1875)

🌸Negeri:Selangor Raja Melayu:

Sultan Abdul Samad

Residen British:J.G. Davidson(1874-1875)

🌸Negeri:Pahang

Raja Melayu:

Sultan Ahmad

Residen British:J.P. Rodger (1888-1896)

🌸Negeri:Negeri Sembilan

Raja Melayu:

Tuanku Muhammad

Residen British:Martin Lister (1895-1897)

➡️Peranan Residen British:

•Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

•Semua nasihat Residen hendaklah dipatuhi dan diikuti.

➡️Ciri-ciri Sistem Residen:

•Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.

•Nasihat pegawai British mesti diterima dan sultan tidak boleh membuat undang-

undang seperti sebelumnya.

•Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan kehilangan hak dalam pungutan cukai.

•Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar dan negeri.

•Peranan pembesar-pembesar Melayu diambil alih oleh pegawai

-pegawai British.

•Jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem

pentadbiran tempatan.

•Penubuhan jabatan seperti Jabatan Cukai, Jabatan Polis, Jabatan Kehakiman,

serta Jabatan Tanah dan Ukur.


🌲3.3 (Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu)

🌼 Pengenalan:

1. Selepas pelaksanaan Sistem Residen. British

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895.

2. NNMB dibentuk untuk memenuhi kepentingan British bagi:

•Mengatasi kelemahan Sistem Residen

•Menyeragamkan pentadbiran.

•Menjamin keselamatan.

•Menangani masalah kewangan negeri Pahang.

3. Perjanjian Persekutuan ditandatangani antara Gabenor

Negeri-negeri Selat dengan Raja-raja Melayu dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896.


A.Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

➡️Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang membentuk sebuah

Persekutuan.

➡️Residen Jeneral menjadi ketua pentadbiran kerajaan Persekutuan.

➡️Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.

➡️Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali

berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

➡️Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bangunan

Sultan Abdul Samad menjadi pejabat kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


B.Faktor Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

➡️Mengatasi kelemahan Sistem Residen:

•Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

•Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas cara melaksanakan tugas.

•Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam

pentadbiran dan pungutan cukai.

➡️Menyeragamkan pentadbiran:

•Pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam

kerana mempunyai undang-undang sendiri.

•Kemajuan ekonomi antara negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

tidak seimbang.

•British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk memudahkan

eksploitasi ekonomi.

➡️Menjamin keselamatan negeri:

•Menjaga keamanan dalam negeri tanpa mengharapkan bantuan luar.

•Membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu memiliki pasukan keselamatan

sendiri.

➡️Mengatasi masalah kewangan Pahang:

•Menggabungkan negeri-negeri Melayu yang kaya.

•Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban

kewangan Pahang.


 🌲3.4 (Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu)


🌼 Pengenalan:

1. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 

2. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat.

3.Struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

(Pesuruhjaya Tinggi British)

             ↓

Residen Jeneral (Berpusat di Kuala Lumpur)

              ↓

a)Majlis Mesyuarat Perak.

b)Majlis Mesyuarat Selangor.

c)Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan.

d)Majlis Mesyuarat Pahang.


A.Majlis Mesyuarat Negeri:

➡️Ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu.

➡️Dipengerusikan oleh Raja Melayu yang berperanan menggubal undang-undang dan membantu pentadbiran negeri.

➡️Selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Majlis Mesyuarat Negeri

tidak lagi berkuasa kerana kuasa perundangan terletak di tangan Residen Jeneral.

➡️Residen Jeneral mengambil alih peranan Raja-raja Melayu dari sudut pentadbiran. 

➡️Kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis kerana terpaksa mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara pentadbiran kecuali dalam hal berkaitan agama dan adat Melayu.


B.Majlis Mesyuarat Persekutuan:

➡️British menandatangani perjanjian dengan

Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. 

➡️Majlis Mesyuarat Persekutuan berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

➡️Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan memberi British peluang untuk mengawal sistem perundangan dan kewangan Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta memberikan

kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya Tinggi British.

➡️Kewibawaan Raja-raja Melayu terjejas kerana hanya menjadi ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.

➡️Keahlian Majlis Mesyuarat Persekutuon 1909:


[Pesuruhjaya Tinggi British (Pengerusi)]

            ↓

[Residen Jeneral]

            ↓

a)Empat orang Raja Melayu.

b)Empat orang Residen.

c)Empat ahli tidak rasmi (3 Eropah, 1 Cina).


C.Pembentukan Durbar:

➡️British membentuk Durbar untuk mendapatkan

sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri negeri Melayu Bersekutu .

➡️Durbar menunjukkan tanggungjawab bersama Raja-raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu.

➡️Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan Residen British. 

➡️ Durbar merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan. 

➡️Perbincangan tertumpu kepada hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu. 

➡️Durbar menjadi asas kewujudan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu yang ada pada

hari ini.

➡️ Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897 yang dihadiri oleh Raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai British.

No comments:

Post a Comment

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

 Nama Ahli Kumpulan : - Nureen Shahira binti Suzaiman - Cik Wan Farah Aleya binti C.W. Nurmaudin - Nur Adriana Aisyah binti Rafian - Amirah ...