Rujukan Tambahan

07 Penentangan Masyarakat Tempatan

ᴘᴇɴᴇɴᴛᴀɴɢᴀɴ ᴍᴀsʏᴀʀᴀᴋᴀᴛ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛᴀɴ


𝙼𝚊𝚝𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝 𝚍𝚊𝚗 𝚋𝚎𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚙𝚎𝚗𝚎𝚗𝚝𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚜𝚢𝚊𝚛𝚊𝚔𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚖𝚙𝚊𝚝𝚊𝚗

> 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙟𝙖𝙩𝙖

 1. Abad 19

  i) Penentangan Dol Said di Naning

• latar belakang

  - Abdul Said bin Omar dikenali sebagai pengulu Naning Seri Merah Raja Dol Said.

  - dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku semelenggang.


• sebab penentangan 

  - Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning.

  - beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka.


• Peristiwa penentangan

  - Dol Said bermuafakat dengan pemimpin rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu dari wilayah yang lain untuk menentang British. Antaranya, termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau, Pembesar Seri Menanti, Penghulu Gemenceh, Dato' Kelana Sungai Ujong, Penghulu Remai Dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu Muar.

  - pakatan ini berjaya mengumpul kira-kira 4000 orang Hulubalang Melayu untuk menentang British.

  - tahun 1831 : dalam perang Naning pertama, Dol Said Dan pengikutnya berjaya mengalahkan British.

  - permuafakatan Dol Said dengan Pembesar Melayu lain tidak kekal lama. British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut.

  - dalam perang Naning kedua pada tahun 1832, Yamtuan Rembau dan Pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said.

  - British berjaya menakluki Taboh Pusat Pentadbiran Naning dan menyatukan Naning dengan Melaka. 


iii) Penentangan Dato Bahaman di Pahang

• Latar belakang

  - nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh

  - beliau dilantik sebagai Pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.


• sebab penentangan

  - beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya.


• Peristiwa penentangan

  - tahun 1891, beliau melancarkan gerakan menentang British dengan bantuan Tok Gajah dan Mat Kilau.

  - tahun 1894, Dato' Bahaman dan pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

  - British bertindak balas menghantar Kolonel Walker dan berjaya menawan semula Jeram Ampai.

  - Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan Terengganu. Peristiwa ini menandakan berakhirnya Perang Pahang.

iv) Penentangan Rentap di Sarawak

• Latar belakang

  - nama asal Libau

  - Rentap bermaksud "Penggoncang Dunia"

  - lahir pada tahun 1800

  - digelar Raja Ulu dan Raja Darat.

  - pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.


• Sebab Penentangan

  - Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun.

  - James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban.


• Peristiwa penentangan

  - tahun 1853, Rentape menyerang kubu Brooke di Nanga. Dalam serangan ini Alan Lee, pegawai James Brooke terkorban.

  - tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rentap di Sungai Lang. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok.

  - tahun 1857, Charles Brooke menggempur Rentap di Bukit Sadok. Rentap berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke.

  - tahun 1858, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali kedua.

  - tahun 1861, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali ketiga. 

  - Rentap berundur ke Entabai berapa tahun kemudian beliau meninggal dunia.

ii) Penentangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan

• Latar belakang

  - Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan (1833-1861)

  - tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri.


• Sebab Penentangan

  - beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana mengugat kedaulatan bangsa.

  - beliau bimbang British akan meluaskan kuasa ke wilayah di sekitarnya.


• Peristiwa penentangan

  - beliau memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato' Kelana yang disokong oleh pasukan British.

  - British berjaya mengalahkan angkatan Yamtuan Antah di Paroi dan Bukit Putus.

  - tahun 1876, baginda berunding dengan gabenor negeri selat, William Jervouis. Melalui rundingan tersebut, British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. 

ii) Penentangan Mat Salleh di Sabah

• Latar belakang

  - nama sebenar Mohammad Salleh

  - dilahirkan di Inanam Sabah

  - berketurunan Bajau dan Suluk.


• Sebab Penentangan

  - beliau menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan  pembesar tempatan kehilangan kuasa.

  - beliau cuba mengadakan rundingan dengan SBUB, namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.



• Peristiwa penentangan

  - pada Julai 1897, Mat Salleh menyerang Pusat Pentadbiran British di Pulau  Gaya. Beliau membina kubu di Ranau.

  - pada November 1897, beliau menyerang Ambong.

  - pada 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal. Mat Salleh dibenarkan mentadbir Daerah Tambunan.

  - namun SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan pada 1899.

  - pasukan tentera SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh, Tambunan secara besar-besaran

  - pada 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan.

2. Abad 20

   i) Penentangan Tok Janggut di Kelantan

• Latar belakang

  - nama asal Haji Hassan bin Munas

  - lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

  - mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan di Makkah.


• Sebab Penentangan

  - beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, ketua jajahan Pasir Puteh.

  - beliau menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah.

  - beliau bersemangat jihad menentang British.


• Peristiwa penentangan

  - pada 29 April 1915, Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib bagi memboikot pengenalan cukai oleh British.

  - beliau merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol.

  - British menyerang Tok Janggut yang berkubu di kampung dalam Pupuh Saring.

  - dalam pertempuran tersebut Tok Janggut terkorban.

v) Penentangan Sharif Masahor di Sarawak

• Latar belakang

  - Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

  - dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1849.

  - berasal dari Kampung Igan.


 • Sebab Penentangan

  - kewibawaan beliau tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah Pentadbiran Brooke.

  - beliau mahu mengusir James Brooke dan mengembalikan kuasa pembesar tempatan yang terjejas.


• Peristiwa penentangan

  - tahun 1860, beliau mengadakan pakatan sulit dengan Dato' Patinggi Abdul Gapur dan Pengiran Temenggung Hashi, Jalil dari Sadong untuk menggulingkan Dinasti Brooke Kuching.

  - beliau mengajak orang Melayu dan Dayak menyertai pakatan tersebut.

  - Sharif Masahor menggunakan Jalan Lau untuk menyerang Kuching dari arah Barat.

  - Dato' Patinggi Abdul Gapur pula melancarkan serangan dari arah Timur.

  - Brooke mematahkan serang ini menggunakan kapal perang dan senjata moden.

  - kedua-dua tokoh ini telah  dibuang negeri oleh Brooke.

iii) Penentangan Mat Sator di Sabah

• Latar belakang

  - Mat Sator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar.

  - beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan

  - beliau turut dikenali sebagai Mat Jator.


• Sebab penentangan

  - memperjuangkan kedaulatan tanah air

  - beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh pada tahun 1900.


• Peristiwa penentangan

  - Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan berhampiran kubu Mat Salleh di Tibabar.

  - kubu ini dibina bertujuan melambatkan serangan British

  - pada tahun 1900, British berusaha menamatkan kebangkitan Mat Sator dan Mat Salleh.

  - Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron.

  - pada April 1900, Mat Sator berjaya menawan Kudat. Namun, British menyerang balas yang menyebabkan beliau terkorban. 

> 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣

  a) Kebangkitan Tani

• Latar belakang

  - ketua gerakan kebangkitan tani ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman Limbong.

  - keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu.

  - lahir pada 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada 1929.


• Sebab Penentangan

  - beliau menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak.


• Peristiwa penentangan

  - beliau memohon lesen wakil untuk menjadi wakil kepada tertuduh.

  - beliau bertindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan.

  - kegagalan pihak peguam cara dan Hakim menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Imbong menyebabkan perbicaraan ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan.

  - akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada beliau.

  - apabila berlaku kebangkitan tani 1928, British menangkap beliau atas tuduhan menghasut.

  - beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah.

> 𝙈𝙚𝙣𝙘𝙖𝙗𝙖𝙧 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣

 a) Dato' Maharaja Lela

• Latar belakang

  -  Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. 

  - Dato' Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak.


• Sebab Penentangan

  - beliau bangkit menentang British kerana residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu.


• Peristiwa penentangan

  - pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan perjanjian Pangkor. Namun usahanya gagal.

  - rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W. Birch.

  - pada 2 November 1875, J.W.W. Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch.

  - J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November 1875

  - pada 1877, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.

  - Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri.

• Sarawak

  - bagi mengukuhkan kuasanya di Sarawak, Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran.

  - pembesar Melayu yang berpengalaman, misalnya Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik mentadbir Sarawak untuk memudahkan Brooke menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan.


• Pahang

  - pembentukan Daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing-masing.

  - British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato' Bahaman.

  - tindakan British ini memalukan beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang.


• Perak

  - residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat pengisytirahan yang membolehkan residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan.

  - tindakan J.W.W. Birch menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesarnya kehilangan kuasa.


• Sabah

  - pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh, pembesar di Hulu Sungai Sugu

  - dalam satu rundingan antara Mat Salleh dengan William Cowie, Mat Salleh dibenarkan mentadbir Daerah Tambunan.

  - kemudian, SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan daripada penguasaan Mat Salleh. Hal ini mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh.

 𝚂𝚒𝚜𝚝𝚎𝚖 𝚙𝚎𝚗𝚝𝚊𝚍𝚋𝚒𝚛𝚊𝚗 𝙱𝚊𝚛𝚊𝚝 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚛𝚒𝚔𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚜𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚑𝚊𝚍𝚊𝚙 𝚔𝚞𝚊𝚜𝚊 𝚙𝚎𝚖𝚎𝚛𝚒𝚗𝚝𝚊𝚑𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚑𝚒𝚍𝚞𝚙𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚜𝚢𝚊𝚛𝚊𝚔𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚖𝚙𝚊𝚝𝚊𝚗


> 𝙆𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙆𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝

  i) Pentadbiran terhadap kuasa pemerintah

• Negeri Sembilan

  - British Mula meluaskan kuasanya di Sungai Ujong pada 1874, dengan menyebelahi pembesar tempatan Dato' Kelana.

  - British menggugat kewibawaan dan mencabar kedudukan Yamtuan Antah.

  - British seterusnya menguasai Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan pegawai majistret dan pemungut hasil.

  - menjelang tahun 1895, British menyatukan semua daerah dan membentuk persekutuan Negeri Sembilan.

 • Kelantan

  - pembentukan jajahan dan pelantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih kuasa pembesar.

  - Pusat Pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan yang rendah iaitu Tok Kweng Muda.

  - beliau kehilangan kuasa wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dan Tok Janggut menjalankan kempen menentang pentadbiran baru itu.


• Terengganu

  - pelantikan penasihat British di Kuala Terengganu dan penolong penasihat British di Besut dan kemaman menggugat kekuasaan sultan dan pembesar. Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British.

> 𝙆𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩

  ``Cukai Terhadap Petani di Pastor Puteh

• Sebelum Kedatangan British 

  - kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran.

  - sekiranya hasil tanaman sikit, maka cukai yang dikenakan adalah rendah.

  - tanah yang tidak diusahakan dikecualikan daripada cukai.


• Selepas Kedatangan British

  - setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki.

  - setiap tanah yang mempunyai keluasan 400 depa per segi dikenakan cukai sebanyak tiga kupang (30 Sen) setahun.

  - semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai.


• Masalah Membayar Cukai

  - penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

  - bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat. Penduduk yang enggan membayar cukai ditangkap dan didenda.

  - keadaan ini menyebabkan penduduk semakin benci kepada British.


• Bercanggah Dengan Nilai Tempatan

  - British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan.

  - misalnya, penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk petempatan atau berhuma.

  - cukai mesti dibayar di pejabat tanah. Mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda dan jika gagal membayar denda akan dipenjarakan.i

ii) Kewangan Tempatan

• Perak

  - pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch di Kuala Sungai Perak menyebabkan sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar Perak terjejas pendapatan mereka.


• Pahang

  - dengan pengenalan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil, Dato' Bahaman dan pembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai. Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil. Misalnya, Dato' Bahaman ditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan. Para pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri. 

ii) Perundangan tempatan

• Naning

  - British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning. Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem Perundangan Naning yang berlandaskan adat perpatih.


• Perak

  - pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai penolong residen di Larut mengurangkan kuasa beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy.


• Pahang

  - konflik antara Dato' Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua. Tindakan British menyebabkan kedudukannnya sebagai penguasa undang-undang tergugat. 

> 𝙆𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩

  ``Cukai Terhadap Petani di Pastor Puteh

• Sebelum Kedatangan British 

  - kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran.

  - sekiranya hasil tanaman sikit, maka cukai yang dikenakan adalah rendah.

  - tanah yang tidak diusahakan dikecualikan daripada cukai.


• Selepas Kedatangan British

  - setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki.

  - setiap tanah yang mempunyai keluasan 400 depa per segi dikenakan cukai sebanyak tiga kupang (30 Sen) setahun.

  - semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai.


• Masalah Membayar Cukai

  - penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

  - bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat. Penduduk yang enggan membayar cukai ditangkap dan didenda.

  - keadaan ini menyebabkan penduduk semakin benci kepada British.


• Bercanggah Dengan Nilai Tempatan

  - British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan.

  - misalnya, penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk petempatan atau berhuma.

  - cukai mesti dibayar di pejabat tanah. Mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda dan jika gagal membayar denda akan dipenjarakan. 

• Sarawak

  - tahun 1894 : D.J.S. Bailey, pegawai Brooke yang bertugas di Samanggang mengenakan cukai terhadap Orang Iban di Ulu Batang Lupar.

  - beliau mengeluarkan arahan memusnahkan rumah panjang yang dibina di kawasan sempadan Sarawak dengan kawasan Belanda Belanda di Kalimantan.

  - Orang Iban membantah paksaan supaya berpindah ke petempatan di sepanjang sungai utama kerana menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka.

  - ketika memasuki sempadan dari kawasan pentadbiran Belanda, barang yang dibawa oleh penduduk tempatan dirampas oleh pegawai bertugas kerana gagal membayar cukai di samping dikenakan denda sebanyak 10 kati. Sepatutnya barang mewah Orang Iban tidak perlu dikenakan cukai. Cukai pula biasanya hanya dipungut di Pusat Pungutan di Hilir Sungai.


• Sabah

  - SBUB memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat.


• Layanan Tidak Adil

  - di Sabah, pentadbiran SBUB menindas orang Murut. Mereka dilarang membuka tanah baru untuk pertanian pindah atau penempatan. Akibatnya, Orang Murut kekurangan bekalan beras untuk makanan harian.

  - Orang Murut dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan, suami isteri orang Murut dipaksa tinggal berasingan dan dipisahkan oleh aliran sungai. Setiap kali mereka ingin berjumpa dikenakan denda 1 dolar.

  - peraturan baru ini menyulitkan kehidupan Orang Murut.


No comments:

Post a Comment

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

 Nama Ahli Kumpulan : - Nureen Shahira binti Suzaiman - Cik Wan Farah Aleya binti C.W. Nurmaudin - Nur Adriana Aisyah binti Rafian - Amirah ...