Rujukan Tambahan

02 Pentadbiran Negeri-negeri Selat

 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT 


2.1 (Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang Singapura dan Melaka)


A. Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Sebelum Peluasan Kuasa British


🌴 Pulau Pinang 🌴

•Merupakan wilayah Kesultanan Kedah.

•Menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah.

•Menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau terutama dengan Acheh di Sumatera

•Batu Uban merupakan pelabuhan terawal di Pulau Pinang dan sering dikunjungi oleh pedagang Arab.

•Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada tahun 1759.

•Sultan Kedah menganugerahkan kawasan tersebut sebagai membalas jasa orang Sumatera membantu Kesultanan Kedah menentang Siam.


🌴 Singapura 🌴

•Merupakan wilayah Kesultanan Johor Riau yang meliputi Pahang, Johor dan Kepulauan Riau-Lingga.

•Singapura, Johor dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman yang menetap di Singapura.

•Semasa pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang-ladang gambir telah diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura.

•Pemerintah Kesultanan Johor Riau,  Sultan Abdul Rahman yang menetap di Lingga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Belanda.


🌴 Melaka🌴

•Kesultanan Melayu Melaka merupakan Alam Melayu yang terkenal pada abad ke-15.

•Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

•Pada tahun 1641 hingga tahun 1824, Melaka menjadi tanah jajahan Belanda apabila Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau.

•Semasa penjajahan Belanda, Melaka menjadi pusat pengumpulan hasil bijih timah dari negeri-negeri Melayu.

•Belanda lebih mementingkan Betawi di Jawa sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

 B. Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang 

➡️British melalui syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang bertapak di India pada awal abad Ke-18 berusaha mendapatkan petempatan baharu di Alam Melayu kesan perkembangan pesat perdagangan dengan China.

➡️ Kedudukan Pulau Pinang di utara selat Melaka dan mempunyai keistimewaan mampu memenuhi keperluan British di Alam Melayu.

➡️ Kedudukan strategik Pulau Pinang memenuhi keperluan British sebagai:

 🪴Pusat pengumpulan barang🪴 

•British memerlukan barangan dari China terutamanya teh yang mendapat pasaran tinggi di Eropah.

•China tidak memerlukan barangan British sebaliknya inginkan emas, perak, bijih timah dan rempah ratus yang boleh diperoleh daripada Alam Melayu.

•British memerlukan pusat pengumpulan barangan dari alam Melayu untuk ditukarkan dengan teh dari China.

 🪴Pelabuhan persinggahan🪴 

•British memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan antara India dan Cina.

• Pelabuhan persinggahan ini berfungsi sebagai tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta menjadi tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

• Pelabuhan persinggahan memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.

 🪴Pangkalan tentera🪴 

•Bombay merupakan pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India.

• Kedudukan tersebut menyukarkan mereka mengawal petempatan British di Madras yang terletak di pantai Timur India.

• Oleh itu, British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk mempertahankan petempatan mereka di India daripada ancaman Perancis dan menghadapi persaingan belanda di Alam Melayu.

➡️ Kepentingan British di asia dan Pasifik.

• Pada abad ke-18, British kehilangan Amerika sebagai tanah jajahan.

•British berusaha mengukuhkan laluan perdagangan ke China dengan meneroka petempatan di kawasan Asia Pasifik.

• Pada tahun 1770, British berjaya Menduduki Australia. Melalui pendudukan di pulau Pinang, British dapat mengukuhkan kedudukan mereka di Australia.

• kedua-dua wilayah tersebut iaitu Pulau Pinang dan Australia memberi kelebihan kepada British untuk bersaing dengan kuasa barat lain terutamanya Perancis.

➡️ Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang.

 🪴Perebutan takhta kesultanan Kedah🪴 

• Perebutan takhta berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.

• Kerabat diraja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.

• Sultan Muhammad Jiwa memohon bantuan ketenteraan daripada SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negerinya daripada serangan Bugis.

• SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa, namun gagal kerana SHTI tidak memberi jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh.

 🪴Ancaman Siam🪴

• Semasa pemerintahan Sultan Abdullah, Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada Kedah yang terhenti semasa perang Siam-Burma.

• Sultan Kedah berasa tergugat lalu menawarkan pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI dengan syarat SHTI memberikan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

• Baginda meminta seorang pedagang persendirian, iaitu Francis Light untuk menyampaikan syarat-syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India.

 🪴 Tipu helah Francis Light menduduki Pulau Pinang🪴 

• Menyedari kepentingan kedudukan pulau Pinang yang strategik, Francis light telah berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang diminta oleh Sultan Kedah.

• Berpegang kepada janji tersebut, Sultan Abdullah membenarkan Francis light membuka petempatan di pulau Pinang pada tahun 1786.

• Francis light menamakan pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island dan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama raja England.

➡️ Pengukuhan kuasa British di Pulau Pinang melalui perjanjian.

 🪴Tahun 1786🪴 

•Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah.

•Sultan Abdullah meminta bantuan tentera SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light.

•SHTI enggan memberi bantuan kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah.

 🪴Tahun 1791🪴 

•Menyedari tertipu dengan muslihat Francis Light, Sultan Abdullah mengumpul

tenteranya di Seberang Perai untuk mendapatkan semula Pulau Pinang.

•Tentera Kedah berjaya dikalahkan oleh Francis Light dengan bantuan tentera SHTI.

•Sultan Abdullah dipaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan

Keamanan British Kedah pada tahun 1791 di Alor Setar Kedah.

•Perjanjian tersebut secara rasminya

mengiktiraf kedudukan British di Pulau

Pinang.

 🪴 Tahun 1800🪴 

•Gabenor Pulau Pinang, George Leith

mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804) menandatangani perjanjian dengan British.

• Perjanjian tersebut membolehkan British

menduduki Seberang Perai.

•Pendudukan Seberang Perai penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan sumber

makanan kepada penduduk Pulau Pinang.

 C. Peluasan Kuasa British di Singapura 

➡️ Setelah menguasai Pulau Pinang, British berusaha meluaskan pengaruh ke wilayah lain di Alam Melayu.

➡️  Semasa tercetusnya perang Napoleon di Eropah, British dapat menduduki Melaka dan Betawi iaitu tanah jajahan Belanda.

➡️ Perang Napoleon (1793-1814)

• Belanda telah ditawan oleh Perancis.  

• Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew pada tahun 1795.

• Belanda menyerahkan secara sementara tanah jajahannya di Timur inita Betawi dan Melaka kepada British sehingga perang

berakhir.

➡️Setelah Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan semula Melaka dan Betawi kepada Belanda.

➡️ British mengarahkan Stomford Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baharu untuk memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu di samping berusaha menduduki Singapura.

➡️ Kepentingan Singapura kepada British:

• Perdagangan British di Alam Melayu semakin menguntungkan menjelang kurun ke-19.

• Pelabuhan British, iaitu Pulau Pinang dan Bangkahulu tidak mampu menyaingi pelabuhan-pelabuhan Belanda di Alam Melayu. Pulau Pinang terletak di utara Selat Melaka dan Bangkahulu berada di luar laluan utama perdagangan

Alam Melayu.

• British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu.

• Singapura yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda. 

• Singapura boleh menjadi pusat pengumpulan hasil ekonomi dari Alam Melayu.

• Kebanyakan kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.

➡️Pertapakan British di Singapura

• Pada bulan Januari 1819, Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura.

• British mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura, iaitu  Temenggung Abdul Rahman untuk membenarkan British mendirikan petempatan di Singapura.

•Temenggung Abdul Rahman menegaskan bahawa perjanjian tersebut mesti mendapat pengesahan daripada pemerintah Kesultanan Johor Riau, iaitu Sultan Abdul Rahman.

• Stamford Raffles memanipulasi isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau

bagi mendapatkan pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman

mempunyai hubungan baik dengan Belanda.

➡️ Isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau .

• Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera, iaitu Tengku Hussein, putera sulung dan Tengku Abdul Rahman, putera

 bongsu.

• Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat. Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga.

• Tengku Hussein tidak hadir semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana berada di Pahang.

• Mengikut adat istiadat Raja Melayu, pemasyhuran pengganti raja mesti disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan.

• Tengku Abdul Rahman ditabal sebagai Sultan Johor Riau dan mendapat

pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda.

• Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau.

➡️ Stamford Raffles mengambil peluang memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura. Tengku Hussein diisytiharkan sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah.

➡️ Tindakan Stamford Raffles memanipulasi isu pewarisan takhta menyebabkan

Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan:

• Sultan Hussein bersemayam di Singapura. 

• Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.

➡️Perjanjian mengukuhkan kuasa British di Singapura.

 🪴6 Februari 1819🪴 

• Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan

Temenggung Abdul Rahman. 

•Kesannya, petempatan British di Singapura diiktiraf. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Februari 1819. William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura.

 🪴2 Ogos 1824🪴 

• Residen Singapura, John Crawfurd (1823 1826) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

• Kesannya, Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura. Sultan dan Temenggung diberi bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup.

  D. Peluasan Kuasa British di Melaka

➡️ Setelah berjaya menguasai Melaka selepas kejayaan menduduki Pulau Pinang dan Singapura melalui strategi pakatan dengan Belanda.

➡️ Pakatan tersebut berlaku berdasarkan perkembangan yang berlaku di Alam Melayu dan di Eropah.

➡️ Faktor pakatan British-Belanda.

 🪴Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura 🪴 •Pendudukan British di Singapura telah dipertikaikan oleh Belanda sehingga menjadikan hubungan antara British dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang.

•Pertikaian antara British dengan Belanda:

(🌸British: •Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat. 

•Bertekad mempertahankan

kedudukan di Singapura.

•Yakin Singapura menjadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera yang penting di Alam Melayu.)

(🌸 Belanda:

•Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya.

•Menuntut British berundur  dari Singapura.

• Bimbang kemajuan Singapura menjelaskan perdagangan di pelabuhan utama Belanda di Alam  Melayu, iaitu Betawi.)

 🪴Mengukuhkan dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah🪴 •Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain.

•British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan untuk menyerang Britain pada tahun 1795.

• Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang telah menjaga jajahan Belanda di Timur semasa Perang Napoleon.

 🪴Menjadi penyelesaian untuk perdamaian 🪴 

• British dan Belanda perlu menyelesaikan pertikaian melalui rundingan ke arah perdamaian dan berusaha mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18.

• Belanda enggan dibebani dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon.

➡️ Kesan pakatan British-Belanda.

• Termeterainya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

• Menamatkan pertikaian antara British-Belanda demi menjaga kepentingan

masing-masing di Alam Melayu.

• British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.


2.2 (Perjanjian London 1824 dan Kesannya terhadap Alam Melayu.)

➡️Persaingan antara British dan Belanda di Alam Melayu membawa kepada perancangan kuasa Barat tersebut membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing.

➡️Matlamat tersebut dapat dicapai melalui Perjanjian London 1824 yang termeterai antara British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 di London, England.

➡️Kandungan perjanjian tersebut merangkumi butiran tentang wilayah pengaruh,

perdagangan dan kewangan.

➡️Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-raja Melayu sebagai pemerintah kerajaan Alam Melayu. Bukti Perjanjian London 1824 membelakangkan Raja-raja Melayu dan pembesar tempatan:

•Sepucuk surat ditulis oleh Bendahara Tun Ali kepada Sultan Riau Lingga, iaitu Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV (1841-1857). •Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Perjanjian London 1824 berada

di luar pengetahuan Bendahara Tun Ali.  •Apabila diketahui Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV tentang perkara tersebut, baginda  teramat murka.

➡️ Syarat Perjanjian London 1824:

(🌸British:

•Berundur dari Sumatera.

•Menyerahkan Bangkahulu kepada

Belanda.

•Tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di selatan Singapura.)

(🌸 Belanda:

•Mengiktiraf petempatan British di

Singapura. •Menyerahkan Melaka dan jajahan

takluknya kepada British.

•Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu.)

➡️Kesan Perjanjian London 1824.

 *🪴Pembahagian Alam Melayu kepada dua

lingkungan pengaruh Barat.🪴* 

•Selat Melaka dan Selat Singapura

menjadi sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh antara British dengan Belanda di Alam Melayu.

•British dan Belanda meminggirkan

kedaulatan kerajaan-kerajaan Alam Melayu dan hanya mengutamakan

kepentingan mereka. 

•Mewujudkan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu di bawah pengaruh British dan Hindia Timur Belanda di bawah pengaruh Belanda.

 🪴Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau🪴 

•Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda berdasarkan Perjanjian London 1824 telah menamatkan keunggulan empayar Kesultanan Johor

yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.

•Wilayah kekuasaan Kesultanan Johor Riau yang meliputi Johor, Pahang,Singapura dan Kepulauan Riau Lingga telah berpecah-belah.

•Singapura menjadi tanah jajahan British:

(a)Johor dan Singapura yang diperintah oleh Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Abdul Rahman berada di bawah pengaruh British.

b)Pada Ogos 1824, mereka didesak menandatangani perjanjian menyerah

Singapura kepada British.

c)Selepas kehilangan kedaulatan ke atas Singapura, Sultan

Hussein Muhammad Shah meninggalkan istananya di Kampung Gelam, Singapura.

d)Baginda berpindah ke Banda Hilir Melaka dan mangkat pada tahun 1825 di Melaka.

e)Pemerintah Johor kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Johor Bahru.

•Pengisytiharan kedaulatan Pahang 

a) Kesan pengukuhan kuasa British di Singapura dan Johor serta pergolakan di Riau Lingga, Bendahara Tun Ali di Pahang cuba membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau.

b) Pada tahun 1853, hasil sokongan pembesar Pahang, Bendahara Tun Ali

mengisytiharkan Pahang sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.

•Berakhir Kesultanan Riau Lingga:

a)Kepulauan Riau Lingga diperintah oleh Sultan Abdul Rahman dan berada di bawah pengaruh Belanda.  b)Pada tahun 1911, institusi kesultanan Riau Lingga dihapuskan oleh Belanda.Wilayah Riau Lingga diperintah secara langsung oleh Belanda melalui Residen Riau.

 🪴Selat Melaka di bawah penguasaan British🪴 

•Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik, iaitu

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

•Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka

peluang kepada British untuk meluaskan

kuasa ke negeri-negeri Melayu.


2.3 (Pembentukan Negeri-negeri Selat)

🌼Pengenalan:

1.Negeri-negeri Selat merupakan unit pentadbiran yang dibentuk oleh British bertujuan mengukuhkan penguasaan ke atas Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

2.Negeri-negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 dan dibubarkan pada tahun 1946. 

3. Penggabungan Pulau Pinang, Singapura

dan Melaka dapat menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran.

 

A. Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum pembentukan Negeri-negeri Selat.

 ➡️ Pulau Pinang (1786- 1826) 

•Pada awalnya, ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya yang

bertanggungjawab kepada Gebenar Jeneral British di India.

•Pada tahun 1787, memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri-negeri Melayu.

•Kegiatan perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian.

•Pada tahun 1805, dinaik taraf menjadi Presidensi keempat selepas Benggala,

Bombay dan Madras. •Gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang.

 ➡️ Singapura (1819-1826) 

•Ditadbir oleh seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Leftenen Gabenor British di Bangkahulu,Sumatera.

•Pada tahun 1823, diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas. Menjadi pusat

pertemuan pedagang persendirian yang mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk

diperdagangkan dengan China.

 ➡️ Melaka (1824-1826) 

•Ditadbir oleh Residen Konsular.

•Sistem Kapitan diteruskan bagi mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum.  •Melalui Sistem Kapitan, suku-suku kaum diletakkan di bawah seorang Ketua Kaum yang berperanan sebagai penegak undang-undang. 

•Bagi masyarakat luar bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada Penghulu.


B. Negeri-negeri Selat 1826.

➡️Kepentingan pembentukan Negeri-Negeri Selat

kepada British.

•British dapat

menguasai Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu.

•Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik kedatangan pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu.

•Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil dari Alam Melayu terutama bijih timah untuk mengimbangi perdagangan dengan China serta

menyaingi pelabuhan Belanda. 

•Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi British yang membawa kepada kewujudan masyarakat berbilang kaum.

•Penanaman modal oleh pelabur luar membolehkan perkembangan Negeri-negeri  Selat berlaku dengan pantas.

➡️ Hubungan Negeri-negeri Selat dengan  Negeri-negeri Melayu:

•Negeri-negeri Selat memerlukan hasil ekonomi dari negeri-negeri Melayu untuk memajukan kegiatan perdagangan. Negeri-negeri Selat melabur modal bagi tujuan memajukan aktiviti perlombongan bijih timah di negeri-negeri Melayu. •Negeri-negeri Melayu memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagangkan hasil ekonomi.

➡️Pembentukan Negeri-negeri Selat membolehkan British menguasai laluan perdagangan antara India dengan China, mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Negeri-negeri Melayu dan menyaingi penguasaan Belanda di Alam Melayu.


2.4 (Pentadbiran Negeri-negeri Selat)

🌼 Pengenalan:

1.Pada peringkat awal, Negeri-negeri Selat ditadbir oleh kerajaan British di India.

2. Kemudiannya, pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London.


A.Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India (1826-1867).

➡️Pada mulanya, pentadbiran Negeri-negeri Selat terletak di bawah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India.

➡️Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah Pejabat India (India Office).

➡️Pejabat India (India Office) diketuai oleh Setiausaha Negara dibentuk pada tahun 1858.

➡️Berfungsi untuk mengawasi pentadbiran yang meliputi wilayah India, Pakistan,Bangladesh, Burma, dan wilayah lain di sekitar Lautan Hindi.

➡️Struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat:

 (Gabenor Jeneral British di India)

           ↓

(Gabenor Negeri-negeri Selat)

           ↓

a)Residen Konsular Pulau Pinang.

b)Residen Konsular Singapura.

c)Residen Konsular Melaka.

➡️Negeri-negeri Selat di bawah SHTI (1826-1857).

•Diketuai oleh seorang Gabenor.

•Gabenor dibantu oleh Residen Konsular dalam menjalankan pentadbiran.

•Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran yang pertama.

•Pada tahun 1832, pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih strategik dan maju berbanding Pulau Pinang.

➡️Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India (1858 - 1867).

•Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat. •Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat degan baik.

•Pejabat India tidak memberi perhatian sewajarnya untuk melindungi pedagang

Negeri-Negeri selat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat.


C.Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan London

(1867-1946).

➡️Pedagang dan penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pejabat India (India Office) telah mendesak Pejabat Tanah Jajahan di London mengambil pentadbiran Negeri-negeri Selat.

➡️Pada 1 April 1867, pentadbiran Negeri-negeri Selat telah dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

➡️Pejabat Tanah Jajahan ialah jabatan kerajaan Britain yang ditubuhkan untuk

mengurus hal ehwal tanah jajahan British.

➡️Jabatan ini diketuai oleh Setiausaha Negara bagi tanah jajahan.

➡️Faktor pemindahan Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London :

•Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan undang-undang bagi Negeri-negeri Selat.

•Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.

•Pejabat India mahu menjadikan mata wang Rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri Selat menggantikan mata wang Dolar Sepanyol yang telah lama digunakan.

•Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat

boleh menjejaskan kemakmuran sebagai taraf pelabuhan bebas.

•Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat buangan bandun menjejaskan imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan.

➡️Kesan pemindahan pentadbiran:

•Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London.

•Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-negeri Selat

untuk meluluskan undang-undang sendiri.

➡️Struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat:(Pejabat Tanah Jajahan di London)

                   ↓

( Gabenor 

Negeri -negeri Selat)

                    ↓

a)Majlis Eksekutif bertanggungjawab

mengurus hal pentadbiran.

b)Majlis Perundangan

bertanggungjawab

menggubal undang-undang.

No comments:

Post a Comment

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

 Nama Ahli Kumpulan : - Nureen Shahira binti Suzaiman - Cik Wan Farah Aleya binti C.W. Nurmaudin - Nur Adriana Aisyah binti Rafian - Amirah ...